YouTrip hanya akan menghubungi anda melalui e-mel menggunakan salah satu alamat e-mel rasmi berikut, bergantung pada tujuan pertanyaan:
Untuk keselamatan anda, YouTrip tidak akan sesekali meminta nombor penuh kad YouTrip atau kata laluan sekali guna (OTP) anda melalui e-mel.
Jika kami perlu mengesahkan identiti anda, kami mungkin meminta Y-number anda. Y-number ialah nombor siri pada kad fizikal atau virtual anda dan berbeza daripada nombor kad anda. Y-number tidak boleh digunakan untuk membuat pembelian atau menambah nilai akaun anda.
Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu e-mel adalah sah, jangan berikan sebarang maklumat peribadi atau akaun atau klik mana-mana pautan dalam e-mel tersebut. Hubungi kami melalui saluran rasmi kami untuk mengesahkan kesahihan e-mel tersebut.