Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima wang melalui pindahan kepada pengguna YouTrip lain(Send to YouTrip user):
Anda telah mencapai had pindahan harian
Had pindahan harian anda ialah RM1,000 secara lalai dan boleh ditingkatkan sehingga RM10,000 di “More” > “Transaction limits”. Had ini dikongsi antara pindahan sesama pengguna YouTrip atau DuitNow.Baki dalam mata wang yang dihantar tidak mencukupi
Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam dompet mata wang tersebut sebelum membuat pindahan.Penerima telah mencapai had dompet atau had tahunan
Setiap pengguna boleh menyimpan maksimum RM20,000 (atau nilai yang setara dalam mata wang lain) dalam dompet YouTrip pada satu-satu masa, dan menerima sehingga RM1,000,000 setahun. Jika pindahan anda menyebabkan penerima melebihi mana-mana had ini, pindahan tersebut tidak dapat dilengkapkan.Akaun penerima tidak dapat menerima pindahan wang
Jika akaun YouTrip penerima telah dikunci atau ditutup, mereka tidak akan dapat menerima wang.- Nombor telefon berdaftar penerima berbeza
Jika penerima telah menukar nombor telefon, anda mungkin tidak dapat mencari mereka melalui senarai kenalan anda. Semak dengan penerima untuk mendapatkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan akaun YouTrip mereka, kemudian masukkan nombor tersebut secara manual semasa membuat pindahan wang.
Jika anda telah menyemak perkara di atas tetapi masih tidak dapat membuat pindahan wang, sila hubungi kami di customer.my@you.co.