Tambah nilai yang dibuat menggunakan kad debit atau kredit yang dikeluarkan di Malaysia atau Perbankan Dalam Talian (FPX) biasanya akan dikreditkan ke dalam dompet YouTrip anda serta-merta. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, tambah nilai mungkin gagal atau kekal dalam status belum selesai sementara diproses.
Jika tambah nilai menggunakan kad debit atau kredit anda tidak berjaya, ia mungkin disebabkan oleh:
-
Pembayaran ditolak oleh bank anda
Ini mungkin berlaku jika:- Baki dalam akaun bank anda tidak mencukupi.
- Anda telah mencapai had perbelanjaan atau transaksi kad debit atau kredit anda.
- Bank anda menolak transaksi atas sebab lain.
Pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi. Jika masalah berterusan, anda boleh menghubungi bank yang mengeluarkan kad anda untuk mengesahkan transaksi tersebut.
-
Anda menggunakan kad yang bukan dikeluarkan di Malaysia
YouTrip hanya menerima tambah nilai menggunakan kad kredit atau debit yang dikeluarkan di Malaysia. -
Tambah nilai anda masih dalam status belum selesai
Tambah nilai melalui FPX, kad debit atau kad kredit kadangkala mungkin mengambil masa lebih lama untuk diproses. Tambah nilai anda mungkin disahkan dalam tempoh beberapa jam berikutnya.Jika tambah nilai anda masih belum selesai selepas 24 jam, sila hubungi Pasukan Pengalaman Pelanggan kami di customer.my@you.co atau gunakan fungsi “Hantar Mesej Kepada Kami” dalam aplikasi YouTrip.