Bagi penggunaan biasa, tiada sebarang yuran dikenakan pada akaun YouTrip anda apabila anda membuat pembelian menggunakan kad YouTrip atau melakukan pertukaran mata wang. Rujuk senarai di bawah untuk senarai yuran dan caj yang terlibat:
Jenis Yuran / Caj | Jumlah (RM) |
| Pendaftaran Akaun | Percuma |
| Pengeluaran kad pertama / pembaharuan | Percuma |
| Yuran tahunan | Percuma |
| Caj akaun tidak aktif | Percuma |
| Tambah nilai melalui FPX | Percuma |
| Tambah nilai melalui DuitNow | Percuma |
| Tambah nilai melalui kad debit | Percuma |
| Caj penukaran mata wang | Percuma |
| Pemindahan kepada pengguna YouTrip lain | Percuma |
| Pengeluaran ATM di Malaysia | Percuma, sehingga RM 1, 000 setiap bulan kalendar* |
| Pengeluaran ATM di luar negara | Percuma, sehingga RM 2, 000 setiap bulan kalendar* |
| Pemindahan ke akaun bank melalui DuitNow | Percuma jika nama pemegang akaun bank penerima sepadan dengan nama pada Akaun YouTrip anda; jika tidak, RM 1 bagi setiap pemindahan** |
| Tambah nilai melalui kad kredit | 1% daripada jumlah tambah nilai |
| Kad gantian | RM 20 bagi setiap kad |
*Selepas had pengeluaran percuma bulanan yang berkenaan, caj RM 5 + 1.75% daripada amaun pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran. Pengendali ATM mungkin mengenakan caj berasingan, termasuk untuk pengeluaran dalam had percuma.
**Bank mungkin memaparkan nama akaun secara berbeza. Jika nama tidak sepadan, caj RM 1 dikenakan walaupun pemindahan dibuat ke akaun bank anda sendiri.
Semua yuran dan caj tidak termasuk cukai yang berkenaan.