Kad Maya anda boleh digunakan untuk pembayaran di mana-mana peniaga dalam talian yang menerima Mastercard.
Anda juga boleh menambah Kad Maya anda ke Apple Pay (iPhone dan Apple Watch) atau Google Pay (peranti Android) untuk membuat pembayaran di kedai dengan menyentuh telefon atau jam tangan anda pada terminal tanpa sentuh. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad dalam dompet anda, pastikan kad YouTrip anda dipilih sebelum membuat pembayaran.
Sila ambil perhatian bahawa Kad Maya tidak boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di ATM.