Kadar Pertukaran Borong adalah kadar pertukaran asing yang digunakan secara meluas oleh bank, syarikat-syarikat besar, institusi awam dan swasta untuk transaksi mata wang berskala besar. Untuk menyimpulkan, YouTrip menggunakan kadar pertukaran semasa, masa nyata yang dipaparkan di laman web kewangan seperti XE.com, Google dan laman-laman kewangan lain.
Kadar Pertukaran Borong YouTrip dikendalikan bersama rakan-rakan mata wang asing kami dan Mastercard®, biasanya dengan perbezaan marginal 0.1%. Aplikasi YouTrip membolehkan anda melihat kadar pertukaran semasa dalam masa nyata untuk 25 mata wang yang berbeza yang boleh ditukar dalam aplikasi. Sila melawat kalkulator Mastercard untuk melihat kadar pertukaran borong untuk 150+ mata wang lain yang boleh digunakan dengan kad YouTrip anda tanpa dikenakan yuran tambahan. Anda juga boleh membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana kadar pertukaran borong Mastercard dikemas kini dan dipaparkan dalam aplikasi.