Dana YouTrip anda disimpan dalam akaun khusus yang diasingkan untuk pelanggan di Standard Chartered Bank Malaysia.
Ini bermakna dana anda diasingkan daripada akaun operasi YouTrip sendiri, memberikan lapisan perlindungan tambahan untuk wang anda.
YouTrip ialah Ahli Utama Mastercard (Principal Member) dan mematuhi polisi serta garis panduan Mastercard semasa memproses transaksi kad anda.
YouTrip juga merupakan Institusi Pembayaran Signifikan (Significant Payment Institution) yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan beroperasi mengikut undang-undang serta peraturan pembayaran yang berkuat kuasa di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk [Terma & Syarat YouTrip Malaysia].