Muat turun aplikasi YouTrip daripada Google Play Store atau App Store dan ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
- Pilih Malaysia sebagai negara tempat tinggal anda.
- Masukkan nombor telefon anda dan sahkan menggunakan OTP yang dihantar kepada anda.
- Masukkan alamat e-mel anda dan sahkan alamat e-mel tersebut.
- Pilih dokumen pengenalan diri anda:
- Warganegara Malaysia: MyKad atau MyTentera
- Warganegara asing: MYPR atau Pasport
- Rakam video swafoto untuk pengesahan identiti.
- Masukkan alamat tempat tinggal dan maklumat peribadi anda. Kad fizikal anda akan dihantar ke alamat ini.
- Jika anda membuat permohonan menggunakan Pasport, serahkan Bukti Alamat.
- Masukkan maklumat profil anda.
- Masukkan nama pilihan anda untuk dipaparkan pada kad YouTrip anda.
- Hantar permohonan anda untuk pengesahan.
Permohonan anda biasanya akan disahkan dalam tempoh 15 minit selepas berjaya dihantar. Jika semakan tambahan diperlukan disebabkan ketidakpadanan maklumat yang diberikan, proses pengesahan mungkin mengambil masa 3–5 hari bekerja.
Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel. Anda juga akan menerima kad YouTrip maya secara percuma, yang akan diaktifkan secara automatik dan boleh digunakan serta-merta. Kad fizikal anda akan dihantar ke alamat tempat tinggal yang didaftarkan.